Sunday, October 28, 2012

Ana Dahlia Curang?


Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...betul tidak uolz?...ini penjelasan sheolz..dipetik dari Budiey..

“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami. Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya.

Curang dengan bekas teman lelaki?

“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir. Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula. Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?” soalnya.

Ayat cliche mungkin?

“Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang. Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.

Bukan iolz nak porak kerandakan rumaha tangga sheolz, tetapi semua orang boleh katakan ayat yang sama kan? apa kata bekas teman lelaki Ana Dahlia tampil kehadapn untuk jernihkan keadaan jika apa yang dikatakan Ana ini adalah sahih..

No comments:

Post a Comment