Wednesday, October 31, 2012

Yana dan Sam Tidak Menyanyi di AJL

Kecewa iolz..Nah, ini alasan Sam dalam Kosmo:-

Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.

Ouh, begitu rupanya..Sebagai peminat Sam, iolz faham sangat..jangan jelezzz

(Tahniah) Hot Mum Zahnita Wilson Selamat Lahirkan anak ke 2

Tahniah Zahnita kerana selamat melahirkan anak kedua sheolz yang bernama Zasha..Walaupun sudah berkahwin sejak berumur 20 tahun, Zahnita maintain masih lagi cun dan aktif modeling..



                       

(Filem) Zaiton Sameon Pernah Gila?

Uolz mesti tertanya-tanya tentang khabar angin yang mengatakan Zaiton Sameon gila kan?..Zaiton Sameon sangat popular dengan Lagu Menaruh Harapan telah pun mengadaptasikan cerita kehidupan sebenar sheolz dalam filem Zaiton Sameon Ceritaku...


jadi kalau uolz nak tahu jawapan sama ada Zaiton Sameon pernah giler atau tidak, jom la sama-sama menonton filem ini...

Diana Danielle Guna Wali Hakim

Dengar kata Diana Danielle gagal untuk mencari bapanya sehingga sekarang...banyak usaha dah dilalukan untuk mencari bapanya termasuklah melalui surat khabar..Kesian pulak iolz dengar..


Dan sehingga sekarang waktu sudah semakin suntuk mendekati hari perkahwinan Diana dan Farid..
Semoga majlis mereka berjalan lancar..






(Gambar) Diana Danielle Blonde

Uol dah nak tahu kan Diana Danielle ni blonde ke atau tidak..nahh..ini gambar-gambarnya...




 Dan blonde!!!


Farid kamil & Diana Danielle ke Mekah selepas berkahwin

diam tak diam dah semakin hampir majlis perkahwinan Farid kamil dan tungangnye Diana Danielle.semoga Farid dan Diana akan bahagia sehingga ke akhir hayat..iolz mengucapkan tahniah kepada Farid kerana berjaya menawan hati Diana hingga membawa ke jinjang perkahwinan.. Walaupun belum lg majlis perkahwinan Farid sudah pun merancang untuk mambawa Diana ke Mekah selepas majlis perkahwinan mereka nanti...Semoga niat murni Farid tu akan membawa keberkatan pd perkahwinan mereka.. Mengulas tentang rancangan Diana Danielle untuk menyambung pelajaran di Australia, Farid Kamil berkata yang beliau memang menggalakkan niat murni bakal isterinya itu. ape2 pun i olz tak sabar nk tengok baby dorang nnti! mesti comel dan handsome mcm mama dan papa die..awww

Tuesday, October 30, 2012

Hairie Othman Bakal Kahwini Anak VIP

Tahun 2010 uolz ingat tidak Hairie Othman pernah dikaitkan dengan seorang gadis dengan tersiarnya gambar mereka di beautifulnara..


Dan terbaru, Hairie Othman khabarnya akan melansungkan perkahwinan dengan seorang anak VIP..menurut  iolz, anak VIP ini adalah gadis yang sama dengan gambar pada 2010 tu..cuba uolz tengok..Sama kan?



Apa pun iolz nak ucapkan taniah pada Hairie..kelas kau Hairie semenjak jadi aktivis politik pembangkang ni..

Yuna Dirompak

Selepas habis jelajah beliau di Seattle, Amerika Syarikat,Yuna berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ibu’nya tentang kisah rompakan yang berlaku..



Yuna yang tiada di tempat kejadian bernasib baik, tetapi peralatan muzik yang bukan murah harganya itu, lesap di ropak..Kesian Yunakan uolz..

Sunday, October 28, 2012

Isteri Datuk Jamal Nafi Suami Skandal Dengan Tasha Shilla

Rupa-rupanya “Datuk J” yang dikaitkan dengan Tasha Shillla ialah Datuk Jamal Md Yunus, pemilik restoran Sekinchan Ikan Bakar. Patut la iolz baca di forum kata Tasha Shilla ni bekerja siang dan malam sampai dapat belanja mewah...siang pergi belakon, malam kipas ikan bakar gamaknya..hahah

Sebagai isteri , weolz diwajibkan jaga keaiban suami. Sheolz mungkin siasat, tetapi tiada bukti, nak buat macam mana kan. Apapun, sheolz masih isteri yang sah, orang boleh cakap / batu api kan apa sahaja, tetapi dia yang tidur sekatil dengan suami. Sheolz  tiada pilihan melainkan percaya apa yang ada depan mata. Maklumlah suami sibuk katanya..

Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-
Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu.
Gambar Datin Nurhanizatul Shida
Lagi cun dari Tasha Shilla sleeveless kan?

Ana Dahlia Curang?


Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...betul tidak uolz?...ini penjelasan sheolz..dipetik dari Budiey..

“Saya tidak terkejut pun dengan tuduhan ini kerana ia tidak berlaku. Demi Allah, saya tidak pernah curang kerana hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Saya percaya isu ini timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami. Ia adalah perkara normal dalam dunia hiburan,” katanya.

Curang dengan bekas teman lelaki?

“Bagi saya, kisah dengan bekas kekasih adalah perkara lepas dan ia sudah lama berakhir. Saya tidak pernah berhubung dengan dia, apatah lagi untuk keluar bersama atau menjalin hubungan semula. Saya pun tidak tahu di mana dia dan mungkin juga sudah berkahwin. Kalau betul saya keluar dengan bekas kekasih, pernah ke ada pihak yang nampak atau jumpa kami?” soalnya.

Ayat cliche mungkin?

“Tuhan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Tidak perlulah saya bersusah-payah hendak menafikan atau sembunyikan kisah ini jika benar saya berlaku curang. Kalau ia benar-benar berlaku, lambat-laun orang pasti tahu juga,” katanya yang mengakui pelbagai dugaan hidup yang berlaku menjadikannya semakin kuat dan tabah.

Bukan iolz nak porak kerandakan rumaha tangga sheolz, tetapi semua orang boleh katakan ayat yang sama kan? apa kata bekas teman lelaki Ana Dahlia tampil kehadapn untuk jernihkan keadaan jika apa yang dikatakan Ana ini adalah sahih..

(Gambar) Nabila Huda Berparti Halloween

Iolz tidak berapa minat dengan parti-parti ni..seperti biasa, gossip-gossip parti ni amatlah sinonim dengan artis hitam manis ni...Nabila Huda...uolz mesti ada terbaca Si Nabila Huda ni memang tidak suka hipokrit...Sheolz ni tidak hipokrit sehingga memakan diri..Kesian sheolz ni kan uolz?kurang kasih sayang mungkin?..Harap Nabila dapat berubah menjadi lebih matang kerana ini semua mainan remaja muda belia..Enjoice...
 Eh, Emelda pon ada?

 Amboi Nabila, pakai lingerie ker? betul ker ni namanya lingerie?..iolz pon tidak ketahuan

Uncle Amy, cepatla kahwinkan si Nabila ni..Gersang amat nih

Saturday, October 27, 2012

(Pelik)Khairul Fahmi(Apek) Kahwin untuk Tutup Kontroversi?

Uolz, ayah Khairul Fahmi berharap perkahwinan Apek akan tutup kontroversi?(dipetik daripada beautifulnara)..Uolz, iolz bukan nak menyibuk, tetapi tak kan lah Apek kahwin untuk tutup kontroversi, kan lagi baik jika Apek kahwin untuk mencegah kemungkaran, berubah kearah kebaikan(lagi-lagi bab agama).. Banyak lagi cara nak tutup kontroversi, kenapa pilih berkahwin?..


Mungkin apa yang dimaksudan ayah Apek ialah untuk menghentikan fitnah, tapi bukan ke lagi bagus persiapkan diri dulu dengan agama, emosi dan salsiah sebelum melangkah ke alam perkahwinan..bagi iolz, tidak salah membina masjid tetapi biarlah dibina dari asas yang kukuh...tak gitu?...Apepun ini hanya pendapat iolz dan berbeza dengan orang lain..semoga Apek dan Leuniey bahagia meniti alam perkahwinan nanti.. Jangan marah Apek..

(Gambar) Nita Kulit Rentung

Kalau Aaron Aziz sunburn, Nita ex-gf Zahid AF ni boleh dikatakan rentung menurut gambar yang dimuat turun dalam sebuah forum..Tetapi bagi iolz, si Nita ni, tidak lah serentung mana jika dibandingkan dengan warna kulit asal sheolz..Sheolz ni sunbathe tepi pantai ker??..merembes ke uolz??hahhaha..


(Gambar) Aaron Aziz Sunburn

Hitam itu menawan..hehe..warna kulit Aaron bukan halangan untuk menjadi lelaki idaman malaya uolz..dengar kata, kulit hero ini menjadi gelap dek kerana menjalani pengambaran filem arahan Ahmad Idham..Bukan heolz sengaja berjemur dengan mat salleh tepi pantai k..


Friday, October 26, 2012

(Keliru)Tasha Shilla Tidak Gemar Pakai Sleeveless

Di portal Gua baru-baru ini....Tasha Shilla berkata, “Bagi yang mengenali saya, saya memang tidak gemar memakai sleeveless atau pakaian yang mendedahkan bahagian tangan saya. Setiap baju saya pasti akan menutup tangan dan saya sentiasa peka dan berhati-hati dengan apa yang saya pakai.”..
Iolz sebenarnya keliru gitu..TS gemar atau tidak?..setahu Iolz, TS jarang sekali dilihat mengayakan baju short sleeve atau long sleeve di mana-mana majlis dan photoshot..


 yang ni long sleeve eh?




Mungkin TS keliru dengan perkataan sleeveless, short sleeve atau long sleeve..Atau TS sebenarnya gemarkan sleeveless (mungkin typo wartawan)..
Tasya Shilla Team? Tasha Shilla? please help me??iolz keliru..

(13 Gambar) Gala Premiere : Istanbul Aku Datang

24 Oktober 2012 telah berlansungnya Malam Gala Premiere Filem Istanbul Aku Datang,  di GSC Pavilion Kuala Lumpur..filem ini di bintangi Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy..turut kelitan di majlis tersebut ialah Fazura...untuk pengetahuan uolz, Fazura yang sepatutnya membintangi filem ini telah menarik diri dan digantikan dengan Lisa Surihani..Tuah puan Lisa..hehehe..apepon enjoice gambar-gambar ni..kredit to Pretty Peektures..













Perjalanan Cinta Diana Danielle dan Farid Kamil Patut dipuji

hHgambar yang sakit mata memandang...yang paling penting theyoulz pandai menjaga nama baik keluarga..
Kad kahwin N&D telah pun siap..ringkas dan menawan..iolz sajikan gambar kad kahwin theyoulz..kredit untuk kadlawo.com ...nahhh!!